Utz Fawwaz MJ: Kemungkinan besar Yakjuj & Makjuj muncul di Yahudi Israel

(Kalam Tuan Syeikh Fahmi Zamzam): “Dan Yakjuj dan Makjuj pula adalah dua bangsa dari keturunan Nabi Adam as yang dahulunya banyak membuat kerosakan di muka bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zulqarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga. Maka dengan itu mereka tidak dapat keluar sehinggalah tiba hampir hari kiamat.”
Yakjuj dan Makjuj ini dua bangsa manusia yang perosak, sangat jahat. Sampaikan satu orang raja besar ketika itu……. namanya Zulqarnain. Kita (biasa) sebut Iskandar Zulkarnain. Insyaallah pelajaran akan datang kita sentuh (tentang) Zulqarnain ini. Siapa dia sebenarnya Zulqarnain?
Jadi orang-orang yang duduk di utara dari Tanah Arab ini, mereka minta Zulqarnain dengan tenteranya tolong buat satu dinding, satu tembok daripada besi supaya menghalang Yakjuj Makjuj ini daripada keluar ke sebelah selatan ini. Jadi Zulqarnain pun buatlah.
“Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur. Maka dengan itu mereka tidak dapat keluar sehinggalah hampir tiba hari kiamat.”
Disebabkan dinding yang kukuh daripada besi dan tembaga yang dibuat oleh Zulqarnain tadi, maka Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar sampailah dekat-dekat hari kiamat.
“Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di muka bumi ini.”
Apabila dinding itu sudah pecah, Yakjuj dan Makjuj ini keluar. Dia buat huru-hara lagi.
“Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tibanya.”
Apabila Yakjuj dan Makjuj ini dia bersatu, keluar buat kerosakan menyerang orang Islam, maka ketika itu maksudnya kiamat sudah hendak berlaku sungguh-sungguh dah.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Utz Fawwaz MJ: Kemungkinan besar Yakjuj & Makjuj muncul di Yahudi Israel"

Posting Komentar